Assalamualaikum w.b.h
Tuan-puan dihormati,

Syukurnya sebab Tuhan izinkan kita bertemu dengan bulan Ramadhan al-Mubarak. Inilah bulan di mana Tuhan menaburkan sejuta rahmat. Pintu syurga terbuka luas, siapa bertaubat pasti diampuni & pahala ibadah dilipatkan berkali ganda. 

Saya bercadang untuk mengejar fadhilat luarbiasa ini dengan MENGKHATAMKAN BACAAN AL-QURAN 30 JUZ. Niatnya, saya ingin menyampaikan pahalanya untuk arwah ayah, Ayob bin Zainal.





Dan saya bercadang nak meniatkan pahalanya juga untuk

arwah MAK AYAH ANDA / MEREKA YANG TERSAYANG.








Anda boleh sertakannya
secara PERCUMA


Inilah bakti yang boleh kita hulurkan kepada arwah tercinta kerana pada bulan ramadhanlah, banyak memori manis dengan mak ayah menjelma.

Saya masih teringat lagi 1,001 memori menyambut puasa dengan arwah abah. Awal pagi lagi abah dah ketuk pintu kejut kami bersahur. Petang pula mesti ada kuih yang dibeli dari di pasar malam. Jika nak lebih meriah, abah bawa kami berbuka puasa di masjid. 





Menjelang hari raya, semua adik beradik dapat baju raya baru. Cuma kami terfikir juga, kenapa abah asyik pakai baju raya yang sama sahaja, tak tukar-tukar?

Baru sekarang saya sedar, ibu bapa kita semuanya sama. Mereka sanggup berkorban untuk keceriaan kita. Asalkan anaknya gembira, mereka tak beli apa-apa pun tak mengapa… 





Allahu… indahnya memori ini. 

Hanya Allah sahaja tahu, rindu yang paling perit adalah rindu kepada orang yang telah kembali ke pangkuan Ilahi. Ya Allah, kami sayang & rindukan ibu bapa kami. Jagalah mereka di alam sana dengan kasih sayangMu, amin. 






Di alam sana, bekalan paling bermakna yang mereka dambakan adalah pahala. Kita berharap dengan usaha menghadiahkan pahala bacaan al-Quran khatam 30 juz ini, ia dapat melapangkan kubur & terangkan hidupnya di alam sana.

Sama-sama kita berdoa, Ya Allah duhai Tuhan penuh pengasih,

>> jagalah arwah ibu bapa kami di alam sana,
>> hilangkan segala kerisauannya,
>> masukkan mereka dalam golongan orang soleh,
>> izinkan mereka meraih syurgaMu,

Amin Ya Arhamar Rahimin.






Kalau sekarang kita hidup bahagia, ingatlah dahulu ada insan yang sanggup berkorban untuk kebahagiaan kita. Itulah kedua ‘malaikat’, ibu bapa tercinta.

Apakah amalan yang boleh kita usahakan untuk menyambung kasih buat kedua ibu bapa yang telah tiada? 

Jawapannya ialah melalui

SEDEKAH

Rasulullah s.a.w menyatakan, sedekah seorang anak untuk arwah ibu bapa, PAHALANYA PASTI SAMPAI.




Mari tuan puan, sempena bulan ramadhan al-mubarak, kita sedekahkan sesuatu BERMAKNA buat arwah mak ayah iaitu dengan MENGINFAQKAN AL-QURAN kepada pelajar tahfiz.

Pahalanya kita niatkan untuk arwah mak ayah. 





InsyaAllah, banyak berkah & pahala akan arwah ibu bapa perolehi dari infaq al-Quran ini sebab, pelajar tahfiz akan gunakannya untuk menghafal setiap hari. Selagi mereka mengaji sepanjang hidup, selagi itulah arwah mak ayah kita dapat pahala.

Inilah yang ulama maksudkan sebagai PAHALA AMAL JARIAH. Amalan yang berpanjangan pahalanya sehingga kiamat.

Kita harap sangat ia dapat menambah bekalan amal soleh mereka. Semoga dengan usaha ini, roh mereka tenang dengan amal bakti dari anak tercinta, amin Ya Robbal alamin.













Sila klik icon play di atas untuk tonton video penyerahan Al-Quran Infaq





Untuk mereka yang menginfaqkan SENASKHAH AL-QURAN & KE ATAS, anda layak untuk sertai program khas, KULIAH KUASAI TAJWID SEMPENA RAMADHAN secara PERCUMA.




Program ini bertujuan untuk menguatkan semula kefahaman ilmu tajwid penting agar anda dapat membaca al-Quran dengan lebih lancar sempena ramadhan.

Ada 25 video kuliah tajwid yang boleh anda ikuti. Saya, ustaz Asraff akan terangkan ilmu tajwid penting seperti : 



Link tontonan video akan diberikan selepas pembayaran infaq Al-Quran anda disahkan oleh pihak kami.


 Ustaz, macam mana saya nak sertakan nama arwah dalam KHATAM 30 JUZ ni? 


 Anda boleh sertai program khatam bacaan Al-Quran 30 Juz untuk arwah tersayang melalui salah satu dari 2 kaedah berikut :
 






 Sila 
Klik Salah Satu Butang Di Bawah : 





ATAU






WEBSITE INI DIBAWA KHAS OLEH : 


Furqanworks Sdn Bhd (1034644-M)
No. 71-G & 71-1,

Jalan Universiti Bangi 1,
Persiaran Universiti,
Taman Universiti Bangi,
43000 Kajang Selangor.