Bagaimana mereka boleh "Mengembara" ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa tanpa terikat dengan Pekerjaan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Biasa kita tengok pelancong-pelancong dari luar negara datang ke Malaysia..
Kadang tu mereka tinggal di Malaysia sehingga berbulan-bulan lamanya, malah ada yang sehingga setahun disebabkan nak menerokai semua tempat-tempat menarik di Malaysia..

Selepas selesai melancong di Malaysia mereka tidak terus pulang ke negara mereka.. Sebaliknya mereka pergi pula ke negara-negara lain seperti Singapore, Thailand, China, Vietnam dan sebagainya..














Sumber : Klik Di Sini



Tentu ada yang tertanya-tanya.. 

"Bos dia orang tak cari dia orang ke cuti lama-lama macam ni?"

Ialah.. Kita yang nak minta cuti sepuluh hari nak travel keluar negara pun Bos dah tanya macam-macam... 
Dalam hati.. "Macam berat hati jer bos nak bagi aku cuti ni... hahaha"

Inikan pula mereka yang boleh pergi melancong ke mana sahaja tanpa terikat dengan masa...

Persoalan yang kedua..

"Takkanlah dia orang tak bekerja?... kalau tak bekerja macam mana dia orang nak dapat duit pergi melancong lama-lama sangat macam ni"


Untuk pengetahuan anda, ada diantara pelancong ni yang tinggal menyewa dekat hotel 5 star..  Atau rumah sewa mewah dengan bayaran sewa sehingga RM5,000 sebulan...

Fuh... Pakej melancong yang cukup lengkap
  1. Tidak bekerja (Tidak terikat dengan majikan)
  2. Bayar kos pengangkutan
  3. Bayar kos pelancongan (jalan-jalan)
  4. Bayar Sewa hotel/pent house yang mahal
  5. Kos jalan-jalan cari makanan.

Bagaimana mereka boleh Survive "Mengembara" ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa tanpa terikat dengan Pekerjaan??...


Saya ambil satu contoh pelancong dari luar negara yang bernama Trevor James. Boleh tengok video di bawah . 


Sumber : Klik Di Sini

Pemilik channel YouTube Food Ranger ini mendedahkan beliau telah memilih untuk menetap di Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu.


Beliau telah mewujudkan Channel Youtube yang mengandungi perkongsian video-video tentang tempat-tempat makan dan lokasi percutian yang menarik pada 12 Mac 2013. Sehingga kini Channel Youtube beliau telah mendapat 624,062,895 tontonan (Dalam Tempoh 83 bulan).


Statistik di atas menggambarkan sumber pendapatan beliau yang agak lumayan, walaupun beliau tidak mempunyai bos dan tidak terikat dengan sebarang pekerjaan di negara asal beliau.

Anggaran pendapatan beliau melalui Youtube setakat ini ialah USD624,062.
Convert kepada duit Malaysia dalam RM2,621,060.40

Bahagikan dengan 84 bulan. Purata pendapatan sebulan dalam RM31,203.10

Pendapatan tersebut mungkin lebih lumayan berbanding orang yang bekerja makan gaji di pejabat dari 8 pagi hingga 5 petang.

Jadi, tak hairanlah beliau boleh "Mengembara" ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa tanpa terikat dengan sebarang Pekerjaan tetap… Tanpa terikat dengan peraturan syarikat dan majikan..

Sumber : Klik Di Sini

YOUTUBE IBARAT SAHAM

Ramai nak main saham sebab suka melihat carta aliran duit. Tidak kurang juga dengan Youtube, ia juga mempunyai carta aliran wang untuk sesebuah channel yang telah diluluskan Monetize. Pelaburannya adalah Video-video yang telah diupload.

Semakin banyak view sesebuah video. Semakin banyak pendapatan yang akan dijana. 
Cuma kelebihan pelaburan di YouTube:
  • Tiada modal yang perlu dikeluarkan untuk membeli saham
  • Tiada risiko kerugian atas penurunan harga saham
Inilah kelebihan yang dimiliki oleh setiap pelancong dan pengembara...
Setiap kali mereka pergi melancong, mereka akan mendapat banyak bahan video untuk dikongsikan di Channel Youtube mereka…
Itulah "modal" pelaburan "saham" YouTube mereka.


Berminat nak jadi YOUTUBER? Tapi tak tahu cara nak buat Content Youtube.. Boleh KLIK DI SINI




Syarat minimum nak buat duit melalui YOUTUBE

Masa diperingkat awal kita mempunyai channel di Youtube, kita tak adalah terus menerus boleh dapat duit.

Kita perlu melepasi syarat minimum yang ditetapkan oleh Youtube terlebih dahulu iaitu:
  1. Perlu mempunyai 1,000 Subscribers
  2. Perlu mencapai 4,000 jam tontonan video-video yang telah kita upload dalam tempoh 12 bulan

Sumber : Klik Di Sini



Selepas selesai dua syarat minimum tersebut, baru channel youtube anda boleh menghasilkan pendapatan. Lebih menarik lagi, sekiranya Channel Youtube anda dapat memberi manfaat kepada orang lain, anda boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan walaupun hanya bekerja dari rumah. Contohnya seperti Sugu Pavithra.

Sumber : Klik Di Sini

Beliau merupakan:
  • Seorang suri rumah sepenuh masa.
  • Tiada pekerjaan tetap
  • Tiada majikan
  • Tapi mempunyai pendapatan yang jauh lebih lumayan daripada suami beliau yang bekerja di Ladang Kelapa Sawit.

Sumber : Klik Di Sini

Sekiranya Anda minat dalam bidang dakwah..

Jom berdakwah di platform yang ramai penonton dari seluruh dunia dan tak kira bangsa. Ramai pendakwah terkenal yang menjadikan platform youtube sebagai alat mereka untuk menyampaikan mesej dakwah dan kebaikan. 

Selain itu, ramai pendakwah membina nama melalui platform youtube. Sebagai contoh Ustaz Ebit Lew, Ustaz Azhar Idrus, dan lain-lain..

Alhamdulillah Duit mereka dapat, dalam masa yang sama pahala pun mereka dapat.
Dan In Shaa Allah, boleh menjadi saham akhirat untuk mereka..
Sebab Youtube tak macam blog atau laman web yang perlu bayar domain dan hosting pada setiap tahun...


Sumber : Klik Di Sini

Otai nasyid tanahair Munif Hijjaz pun dah mula jadi YOUTUBER sekarang ni. Alhamdulillah.. Beliau juga sudah berjaya buat duit melalui youtube.

Berikut merupakan contoh-contoh Sumber Pendapatan orang lain yang dah berjaya jana duit melalui Youtube..


Sumber : Klik Di Sini

Sumber : Klik Di Sini

Yang bestnya.. Pendapatan tersebut di bayar dalam US Dolar..
Sekiranya 1USD bersamaan dengan RM4.20, dapat jana USD1K sebulan pun dah kira lumayan. Dah boleh gunakan duit tersebut untuk menyara kehidupan..  

Dapat sesuatu melalui penulisan post ini?

Semoga terjawab sudah persoalan.. 

Bagaimana mereka boleh "Mengembara" ke Seluruh Dunia Sepenuh Masa tanpa terikat dengan Pekerjaan...

Sumber : Klik Di Sini

Semoga bermanfaat..


Info Berkaitan:



Labels

BANDAR BARU SETIA AWAN PERDANA (2) BANKRAP (4) Batu gajah Perak (3) beli rumah busuk (3) Beli Rumah Lelong (25) beli rumah pertama (1) Bisnes Travel (1) Blog Carian Homestay Malaysia (5) Bota kanan (1) Cameron Highland (2) Carian Homestay Malaysia (7) D'AMAN RESIDENSI MERU JAYA (1) ebook percuma (3) Ebook Rahsia Buat Duit Tambah-Tambahan Dengan Homestay (2) ebook rahsia homestay (1) Ebook Senarai Homestay (3) emas (4) harga emas (2) hARTANAH (33) Hartanah Lelong (15) Homestay (135) Homestay di Batu Gajah Perak (2) Homestay di Cameron Highlands (2) Homestay di Ipoh Perak (3) Homestay di Kelantan (9) Homestay Di Langkawi (3) Homestay Di Melaka (15) Homestay di Port Dickson (4) Homestay di Seremban (2) Homestay di Seri Iskandar Perak (5) Homestay di Tanah Rata Cameron Highlands (1) Homestay Malaysia (4) Homestay Melaka (8) HOMESTAY SERI ISKANDAR (6) Homestay Seri Iskandar Perak (2) Hotel (5) hotel murah (1) Ilmu hartanah (17) Ilmu Kewangan (5) Ilmu pelaburan (8) ilmu pelaburan hartanah (16) Ilmu pelaburan saham (3) IPOH PERAK (2) jadikan homestay sebagai lubuk buat duit (1) kerja part time (5) KWSP (5) Labur atau lebur (1) Langkawi (3) lelong (21) Lelong Rumah (3) Lelongan LPPSA (9) LPPSA (15) MAPS THEME PARK (1) MORATORIUM (7) Pak Ya homestay (9) Pak Ya Homestay di Batu Gajah Perak (2) Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak (5) Pelaburan (10) pelaburan emas (5) PELABURAN HARTANAH (38) Pelaburan Saham (29) pendapatan pasif (3) Perak (7) rahsia homestay (2) Rangkaian Pak Ya Homestay (3) Rumah baru di Manjung Perak (2) Rumah baru di Seri Manjung Perak (1) Rumah baru di Taman Desa Harmoni Bota Kanan (1) RUMAH DI IPOH (1) RUMAH DI mERU jAYA (1) rumah di seri manjung (4) Rumah di Sitiawan (2) Rumah lelong (72) Rumah Teres 1 Tingkat (5) Rumah Untuk Dijual (4) SAMUDERA RESIDENCE SERI MANJUNG PERAK (2) Senarai Homestay (3) Senarai Homestay (20) Senarai Homestay di batu Gajah Perak (2) Senarai Homestay di Johor (1) Senarai Homestay di Kelantan (2) senarai homestay di Malaysia (8) Senarai Homestay di Melaka (3) Senarai Homestay di Negeri Johor (1) Senarai Homestay di Perak (5) Senarai Homestay di Terengganu (1) Senarai Homestay Melaka (1) senarai Rumah (2) Senarai Rumah Murah (1) Seri Iskandar Perak (5) Seri Manjung Perak (3) Sitiawan (2) Taman Desa Harmoni (1) TAMAN MANJUNG POINT SEKSYEN 2 (1)